Buddhisme Pandangan agama tentang bunuh diri

Menurut agama Buddha, perbuatan-perbuatan seseorang pada hayat terdahulu mempunyai pengaruh yang kuat ke atas apa yang dialaminya pada hayat kini; perbuatan-perbuatan kini pula mempengaruhi pengalaman-pengalaman masa depan, menurut doktrin karma. Perbuatan sengaja akal, badan, atau pertuturam menghasilkan reaksi. Reaksi atau akibat ialah sebab untuk keadaan dan perbezaan yang kita alami di dalam dunia.

Agama Buddha mengajar bahawa semua orang mengalami banyak kederitaan (dukkha) yang berasal terutamanya daripada perbuatan-perbuatan negatif dahulu, atau hanya kerana kita masih di dalam samsara, iaitu kitaran kelahiran dan kematian. Lagi satu alasan untuk kederitaan yang dialami manusia ialah ketakkekalan dan ilusi (maya). Oleh sebab setiap benda atau perkara sentiasa dalam keadaan ketakkekalan atau fluks, manusia mengalami ketakpuasan hati terhadap peristiwa-peristiwa yang tak tetap dan cepat berlalu dalam kehidupan. Untuk melepaskan diri daripada samsara, seseorang hanya harus menyedari sifat benarnya melalui makrifat detik kini; ini ialah Nirwana.

Bagi penganut-penganut agama Buddha, ajaran pertama ialah untuk menahan diri daripada tidak memusnahkan nyawa, termasuk nyawa sendiri. Bunuh diri dianggap sebagai suatu bentuk tindakan yang negatif. Walaupun pandangan demikian, suatu ideologi kuno Asia yang serupa dengan seppuku (hara-kiri) terus mempengaruhi penganut-penganut agama Buddha yang tertindas supaya memilih bunuh diri maruah. Contoh yang paling terkenal ialah pembunuhan diri Thich Quang Duc melalui pengorbanan diri untuk membantah terhadap kerajaan Ngo Dinh Diem. Juga pada zaman moden, sami-sami Tibet telah mempergunakan tanggapan ini untuk memperbantahkan pendudukan Cina di Tibet, dan pencabulan hak asasi manusia penduduk-penduduk Tibet oleh China.